Borang Pendaftaran

Untuk kemudahan anda semua, saya telah menyediakan borang online untuk pendaftaran di bahagian sebelah kanan blog ini. Dengan adanya borang ini, ia akan memudahkan anda untuk membuat pendaftaran tanpa perlu email atau call saya terlebih dahulu. Anda boleh terus isi borang di sebelah tersebut dan saya akan menerima maklumat pendaftaran dari anda dengan kadar yang lebih pantas.

Sekiranya anda berminat dengan mana2 unit di dalam blog ini, apa yang anda hanya perlu lakukan adalah mengisi borang tersebut dengan maklumat yang diperlukan. Satu email pengesahan penerimaan akan dihantar balik kepada email anda.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan lanjut, anda juga boleh mengisi di ruangan pertanyaan yang ada pada borang tersebut. Saya akan cuba jawab pertanyaan2 anda sebaik mungkin.

Sekiranya anda tidak mahu mendaftar dan hanya ingin bertanya soalan, boleh juga guna borang tersebut. Saya akan berkomunikasi dengan anda menerusi email.

Oh ya! Untuk makluman, pendaftaran untuk membida adalah percuma. Tiada sebarang bayaran akan dikenakan. Jika anda tidak jadi membida pada saat2 akhir juga tidak mengapa. Cuma diharap pendaftaran dapat dibuat selewat2nya 3 hari sebelum tarikh lelongan supaya saya dapat membuat persiapan yang sepatutnya.

Terima kasih

Labels: