Lelongan Citibank 16 june 2010

Petang tadi ada lelongan Citibank yang diadakan di dewan lelongan Ehsan Auctioneer. Ada 3 auctioner yang berkumpul hari ni iaitu Ehsan, Tancop n Leong. Ramai jugak orang yang datang. Hartanah yang dilelongkan pun banyak, ada dalam 100 unit kesemuanya.

Tadi aku mewakili client aku untuk membida satu unit duplex condo kat Damansara Damai. Harga RP memang murah sangat untuk unit tu. Cuma aku tak expect ramai orang nak masuk sbb unit ni tak sesuai untuk pelaburan. Sewa tak tinggi. Lebih kepada untuk duduk sendiri n client aku mmg dah lama mengidam nak duduk kat area ni. Aku expect boleh menang la. Kalau tak dapat RP, maybe lawan ngan sorang je.

Sekali ada 5 bidder daa..Antara hartanah yang hot jugak tadik. Habis la punah harapan. Budget client aku pun tade la rendah sangat tapi bila dah ada 5 bidder ni, harga boleh naik ngarut2. Tu memang trend lelongan sekarang ni. Betul sangkaan aku. RP yang bermula pada rm240k, terus melulu naik melepasi budget client aku yang cuma rm265k sahaja. Dan terus naik dan naik dan akhirnya stop kat rm285k. Perghh dah nak cecah market value dah tu. Konpem nak duduk sendiri tu. Sebab nak sewa mmg rugi, nak flip pon tak untung sangat. Tape la tade rezeki. Nampak gaya kena la carik unit lain plak. Kondo ni memang sentiasa ada lelong. Cuma kena tunggu harga RP yang menarik baru masuk lagi.

Lepas tu pula, ada satu benda menarik aku perhatikan tadi. Ada satu agent tu bolot lebih 5 hartanah kat rawang. Sumer hartanah below rm15k. Best betul dia. Sumer dapat RP. Tapi apa ada kat rawang tu ek? dah ada ura2 nak naik ke? bila nak naik? berapa lama nak hold hartanah tu? Aku mmg tak jaga area rawang. Tak tahu menahu langsung pasal perkembangan di sana. Kalau ada antara kita yang tahu apa yang berlaku, boleh la share2 kat sini ek. Lagi menambahkan kepeningan aku, ada 2 hartanah kat bukit beruntung yang orang bid giler2.Tanah 6000sf yang dah ada rumah 2 tingkat. Harga dari RM140k naik sampai RM230k. Gile betul. Kalau area lain tu aku boleh terima la tapi ni bukit beruntung beb! Geleng kepala je aku tadi.

Ok la mega auction rhb dah semakin hampir. Sabtu ni je. Tinggal beberapa hari je lagi ni. Masih banyak hartanah yang aku list tidak menerima sebarang pertanyaan. Padahal hot2 property tu. Mungkin sebab orang tak berapa kenal kot. Sume nak target area fames je. Aiya...susah oo itu macam.. cemana nak menang kalau sumer berebut tempat yang sama. Ish3...






Labels: