Pengumuman : Cuti2 Malaysia


Sempena menyambut seruan kerajaan yang menyarankan rakyat malaysia pergi bercuti dalam malaysia, aku akan bercuti selama 4 hari bermula pada hari jumaat (2/7/2010) sehingga Isnin (5/7/2010). Aku akan bercuti bersama keluarga ke pantai timur dan pada time tu, aku tak janji sama ada aku boleh dihubungi atau tidak. Takut line tade kat situ (Haha korang boleh agak la aku kat mana kan :P). Pada client2 yang sedia ada, aku akan cuba setelkan sumer kerja2 sebelum bercuti nanti. Iallah rasanya sumer berjalan lancar. So dun wury k :)

Memandangkan kita dah pun tiba ke penghujung bulan june, aku tutup dulu la listing bulan june ni. Kita lihat listing bulan july plak nanti. Aku percaya ada banyak lagi rumah2 lain yang best2 akan dilelong. So jangan takut. Peluang untuk memiliki hartanah yang best masih terbuka luas.

So apa cerita terbaru ye? Tadi aku pergi ke lelongan Tancorp untuk membida satu unit hartanah di cyberjaya. Boleh tahan murah juga harga reserve rumah tu. Konpem akan menarik minat ramai pembida. Untuk lelongan ni, client aku pun join sekali sebab nak tengok dan timba pengalaman tentang bagaimana suasana di tempat lelongan. Sekali bila dah jumpa, laa rupa2nya bekas tutor aku masa aku belajar kat MMU dulu. Aiyak jumpa cikgu daa..hehe. Tak sangka kecik je dunia ni kan. Berbangga plak aku sebab dapat jadi agent untuk seseorang yang pernah mengajar aku dulu. Cuma malang untuk lelongan kali ni, client aku kalah tipis. Padahal budget dah tinggi dah tapi dah takde rezeki, terpaksa la letgo juga n kasi orang lain menang. Rasanya ada dalam 7-8 orang pembida juga. Ramai kan?

Selain tu, aku pun baru je memenangi dua unit hartanah lain untuk dua orang client aku. Takyah sebut nama la ek. Kita panggil client 1 dan client 2 je la. Saje aku nak share citer ni supaya kita sume bersemangat nak melabur dalam hartanah lelong.

CLIENT 1

Harga rumah : RM51 k
Modal dikeluarkan (anggaran) : RM 12k (campur tolak repair, legal etc)
Kadar sewa semasa : RM 500
Installment : RM206 (90% financing, interest 4.5%, tenure 40 tahun)
maintenance : rm55

ROI : (500x12)/51k = 11.7%
Cash on Cash Return (COCR) = ((500 - 206 - 55)x12 )/ 12k = 23.9% --> ASB : 8%

* note : untuk memudahkan kiraan, COCR tu aku hanya ambil kira kos installment dan maintenance fee sahaja.


CLIENT 2

Harga rumah : RM100k
Modal dikeluarkan (anggaran) : RM 16500k (campur tolak repair, legal etc)
Kadar sewa semasa : RM 750 ( boleh cecah rm1k kalau fully furnish)
Installment : RM405 (90% financing, interest 4.5%, tenure 40 tahun)
maintenance : rm140

ROI : (750x12)/100k = 9%
Cash on Cash Return (COCR) = ((750 - 405 - 140)x12 )/ 16.5k = 14.9% --> ASB : 8%

* note : untuk memudahkan kiraan, COCR tu aku hanya ambil kira kos installment dan maintenance fee sahaja.

So sekarang ni aku tengah sibuk nak menguruskan unit2 yang telah dimenangi (loan, legal, repair rumah etc). Aku akan cuba buat yang terbaik supaya client2 berpuas hati dengan perkhidmatan yang aku sediakan.

Motto aku senang je, " client mesti buat duit!" hehe...








lelongan di Tancorp

Kad Bida aku

Ramai giler orang sampai terpaksa berdiri

Labels: