Kemenangan di Mega Auction CIMB 10 july 2010

Pada sabtu lepas (aka semalam), aku telah menghadiri satu sessi lelongan mega CIMB yang berlangsung di Hotel Istana, KL. Auction mula pukul 10.30am, aku sampai tepat2 kol 1015am. Sempat la sarapan sumer. Aku dah pernah pergi dah lelongan CIMB kat hotel istana sebelum ni. Time tu tak sempat nak breakfast. Bila dah sampai hotel tu, ingatkan boleh la makan skit2 sebab diorang mmg sediakan sedikit makanan. Malangnya makanan ada tidak mencukupi utk cover crowd yang hadir, so terpaksa la aku menahan lapar sampai ke tengah hari. So berbekalkan pengalaman tersebut, aku terus siap2 breakfast sblm aku datang ke tempat lelongan tu.

Untuk hari tersebut, aku mewakili client aku yang ingin membida sebuah unit rumah condo duplex yang terletak di damansara damai. Aku pernah citer serba sedikit pasal condo ni kat sini.

Cantik tempat ni. Client aku mmg beli untuk duduk sendiri. Malangnya sebelum ni dah 2 kali kitorang masuk untuk membida tapi kalah. Masa 1st time masuk, kalah sebab isu teknikal. Kalu kedua pula kalah outbid. So hari ni kira nak mencuba nasib lagi la. Harap2 ada la rezeki. Dalam bidang lelongan, kalah menang tu perkara biasa. Yang penting jangan putus asa. Kalau kalah,terus mencuba sampai menang.

Masa kat CIMB mega auction ni, perghh punya la ramai manusia. Bilik lelongan plak kecik je. Orang sampai melimpah2 ke luar bilik. Actually ada dua auctioneer yang terlibat pada hari tersebut iaitu Ng Chan Mau dan PAH. Aku punya unit kat Ng Chan Mau. Kat PAH, orang sampai beratur panjang just untuk register sahaja. Macha Faris pun salah seorang yang terpaksa beratur. Nasib baik kat bilik Ng Chan Mau tak terlalu crowded macam kat PAH. So lepas aku dah setel register sumer, terus aku pergi depan bilik, cari tempat duduk pastu duduk diam2. Aku malas nak mundar mandir, nanti tade tempat duduk, jenuh plak aku nak berdiri sepanjang sessi lelongan karang.

Ada banyak juga unit yang hot time tu. Yang melebihi 10 bidder pon ada. Harga naik giler2 la. Almost market value. Ni la kesannya bila terlalu ramai orang tumpu pada satu2 tempat sahaja. Perebutan menjadi luar kawalan. Cuma aku bernasib baik hari tu. Unit yang aku nak bida ni cuma ada 2 bidder sahaja. Chais..ingatkan boleh menang RP. Nampak gaya terpaksa jugak lawan. Bermula dari harga reserve rm237k, akhirnya naik kepada rm248k dan kemenangan berpihak pada client aku. Hore! Akhirnya menang juga. Market value pula dalam sekitar rm330k. Ok la tu. Banyak gak untung. Cuma rumah ni tak sesuai untuk buat pelaburan tapi kalau nak duduk sendiri, memang terbaik...

So lepas setel sumer urusan, aku terus cabut balik sebab macha faris n macha bri ada urusan lain plak. Ingatkan nak lepak2 minum dengan diorang. Macha Faris tidak bernasib baik, dari 3 unit yang ingin dibida, sumer kalah. Tape la bro, last month dah menang banyakkan :)

Bulan July ni masih belum banyak listing menarik yang aku perolehi. Ada la satu dua yang agak ok . Nanti aku akan listkan dalam blog ni.


Labels: